Tuesday, July 27, 2010

Sayur Kailan Ikan masin

Tiap kali p restoran NARA mesti abg saya order kailan ikan masin. Memang sedap. Lain dari yang lain. Ade rasa masin2 gitu. Ayam golek dia sah2 la sedap kan. Dalam ribu2 ayam gak yang selamat digolek2 dan dijual kepada org ramai dalam masa sehari. Sangat best! nak2 dicicah dengan pencicah ye. Boleh la try p sana sape2 yang nak rasa Ayam Golek NAra.. kat Pantai Dalam..

Aik!~ cerita psal ayam plak dah. Ekceli nak share resepi sayur kailan ikan masin. Erm, simple je kut.. cuba lah cik zulfa! =)



***nak tukar ngn gambo sndiri 1 hari nnti..eheh~

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. Kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. Masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. Masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika
  5. Angkat dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td
teettt3

Saturday, July 24, 2010

Onde-onde

WAHHHH!! mane aci gitu..nok wat etek...tadi borak ngan best fren..dia nak wat onde-onde..mudoh je ye cakap..erm, xleh jadi ni...nok try wat gok..i/A..
makan roti gardenia 60 sen tadi...ni la hakikat duduk kolej, nak2 hujung minggu, mane la rajin nak turun beli bekpes~ hehe...nway, sudah mengenyangkan perut ini + pekena milo panas..~

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]




Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

from here

Monday, July 19, 2010

Mee Kari


Bahan- bahan

Kari:

1) 10 ulas bawang merah (atau 2 ulas bawang besar)
2) 4 ulas bawang putih
3) 1 inci halia (ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)
4) 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging - mak siti/babas/faiza (dibancuh dlm air panas)
5) sudu besar cili boh
6) santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (boleh diganti dengan susu cair atau susu segar)
7) 50 gm udang kering (dikisar)
8) 1 paket bebola ikan (dipotong 2)
9) 250 gm isi ayam (dipotong dadu)-air asam jawa secukupnya
10) garam
11) gula
12) minyak
13) daun kari


bahan sampingan:

1) tauhu yg digoreng dan dipotong
2) tauge
3) telur rebus
4) bawang goreng



cara-cara
:

1) panaskan minyak
2) masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau
3) masukkan cili
4) masukkan kari, daun kari dan sedikit air)
5) masukkan ayam, udang kering, garam dan gula.
6) bila ayam separuh masak, masukkan santan atau susu cair dan masukkan bebola ikan
7) bila kari sudah masak, hidangkan bersama mee kuning dan letakkan bahan2 sampingan.


p/s: kari mestilah cair sedikit berbanding kari ayam atau kari daging

Hidangan sesuai untuk 4 orang

p/s : nanti nok ngejah smula tang kari tu...nak amek resepi k.tie..kari masyukk punye, hee~

Monday, July 12, 2010

DAGING MASAK KICAP SPECIAL!

1 kg daging - dihiris & direbus sampai empuk bersama air & kicap manis

Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - di dihiris
3 biji bawang putih - di hiris
3cm halia - di hiris
rempah penumis - kayu manis 2 inci, bunga lawang sebiji, buah pelaga 3 biji
1-2 sudu kecil lada hitam - yg ditumbuk kasar ataupun serbuk tapi kurang umph
1 sudu besar cili kisar - kalau nak lebih pedas tambah lagi

2 sudu kecil serbuk ketumbar } semua digabungkan &
1 sudu kecil serbuk jintan manis } dicampur dgn sedikit
1 sudu kecil serbuk jintan putih } air, dijadikan pes

bahan-bahan lain:
2-3 sudu besar oyster sauce
sedikit jus asam jawa - ikut sesedap rasa (saya guna 1/4 mangkuk kecil)
1 biji bawang besar - dipotong 4
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn secawan air


Cara-caranya:
-

1. Panaskan minyak di kuali, kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & rempah penumis (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga).
2. Bila dah naik bau, masukkan pula cili kisar & serbuk rempah2 yg dijadikan pes tadi, tumis hingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan oyster sauce & lada hitam, biar dlm 5 minit, kemudian dimasukkan jus asam jawa, kacau sebati.
4. Bila dah sebati, masukkan daging yg telah direbus tadi beserta dgn airnya sekali.. juga masukkan bawang besar yg dipotong 4 tadi.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung, biar sehingga agak pekat dlm 10-15 minit, kemudian barulah diangkat dari api..

Notes:
1. Tak payah letak garam sebab oyster sauce & kicap dah masin dah..
2. Kalau tak cukup hitam, tambahkan lagi sedikit kicap manis.
3. Kalau daging black pepper, hanya gunakan oyster sauce & kicap manis sahaja beserta dgn lada hitam, itu yg paling basic sekali..

source

Choco Da Milk Shake

Bahan-Bahan:
2 sudu besar Milo
2 sudu besar susu Grow (perasa Coklat)
½ gelas aiskrim vanilla
½ gelas air masak

Cara:
1)Masukkan Milo dan susu Grow ke dalam bekas
2)Masukkan air masak dan kacau sehingga larut.
3)Kemudian, masukkan aiskrim vanilla kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga larut
4)Dihidangkan serta merta.

Cadangan Hidangan:
Tidak perlu ditambah ais .

p/s : boleh tukar susu ikut suke suki hati

sumber : mesra.net

Tuesday, July 6, 2010

Sotong Goreng Paprika



Bahan-bahan :

500 g sotong, potong kasar
7 labu bawang merah, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus
1 lada benggala, hiris kasar
2 sdm sos ikan
1/2 - 1 sdt garam
1 cawan jus limau nipis
2 sdm kicap masin
Minyak masak untuk menumis
3 buah lada hijau, iris
2 buah tomato, hiris atau 3 sdm sos tomato

Cara Penyediaan :

Rendam sotong dalam jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian toskan dan bilas dan ketepikan.

Panasan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala, lada hijau dan tomato sampai naik bau.

Masukkan sotong, sos ikan, garam dan kicap masin. Biarkan sebentar, sekali-kali dikacau. Setelah masak angkat dan sajikan.

dari sini ;)

p/s: kak ya balik kampung baru ni..masak2 ngan kak ya, ofkos la resepi penang kan.. dah jadi orang penang tu..hehe.. pagi2 dah kena pergi kedai beli cabai kering rm1..ana sanggup tu..biasanya hero2 yg bab beli2 ni..kebetulan xde hero plak hari tu.. Ape lagi, ana heret hero kak ya la jd peneman..hehe~ SEmpat singgah kedai, tengok kad tawen..hihi ;)