Saturday, October 15, 2016

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum... 1st time tgk adik ipar buat masa bulan puasa haritu...meleleh2 cheese dia haa.. best.. pastu 1st trial buat sendiri masa open house raya suka2 ajak kawan2 makan. Simple je.rupanya cara nak buat. Yang penting, bahan semua kena cukup..hehe

Bleh follow.resepi.ni deh... saya panggil makarena bako ;)






Tuesday, August 18, 2015

Friday, March 6, 2015

2015 DAH PUN

Zulfa tak post apa-apa pun tahun 2014 kan. Sama macam tahun 2012. Selang setahun satu post. Hehe. 2013 ada la post sikit.

2015 ni? Jom kita aktifkan blog main masak-masak zulfa ni. Kita tak main-main dah, kita masak betui-betui pula deh πŸ˜‰.

Share hasil sikit wat panas enjin😘😘😘


 1st cake: Butter cakeπŸŽ‚


 1st dessert: Puding gula hangus. Caramel 🍰


Simple tiramisu yang teramat simple


Puding roti RUNTUH. Ada kisah lucu ni. Hehe.

Semua ni hasil bulan januari tahun ni. Mak ai, awal tahun dah rempit baking. Ops! Ni bukan kategori masak-masak (baca: cooking) dah ni, tapi more to baking. Yes!! I love it!. My new hobby. Actually dah lama teringin sangat-sangat baking ni. Geram kat kek, kuih-muih cute miut, roti, donut gebu gebas lama dah. Cuma tunggu cukup alat baru on. Finally my beloved habibi albiey wat suprised oven. Lenkali la kita story morry deh. 

Sunday, February 17, 2013

Resepi Air Tangan Mak

Punyala lama tak post dalam dapur main-main masak ni. Sibuk dengan tanggungjawab as wife, mom, daughter (hamba Allah ofkos =)) Meh saya update deh. 2012 memang x post apa2..hehe.. Baru-baru ni cuti raya cina, kami pulang ke kampung Mak, tempat kelahiran suami tersayang. Seminggu juga kat sana dan macam-macam kuih best yang mak sediakan. Kebetulan adik ipar saya yang bekerja di KL pun ada pulang. Sekolah kat sana cuti seminggu memandangkan sekolah yang adik ipar bekerja tu, sekolah cina. Kuih yang mak buat simple saja tapi sangat sedap. Itu lah air tangan ibu, lain bebena rasanya. Asyik nak buka saji, nak ngunyah kuih muih mak buat.

Antara kuih yang mak buat adalah bika ubi. Sedap sangat. Nak-nak makan time panas-panas. Baru angkat dari pemanggang ajaib. Fuyyoo~ mak guna pemanggang ajaib wat masak bika ubi. Canggih betul. Memang ajaib la. Kerak-kerak dia pun best tak tepi-tepi tu. Ni gambar yang saya google, tapi iras macam ni la. Lupa pula nak snap pic hari tu.. Saya sertakan resepi untuk percubaan masak-masak untuk diri sendiri.

                                 Bingka ubi (sumber http://www.potretkasih.com/tag/cara-buat-bingka-ubi)


Bahan-Bahan
  • 4 cwn ubi parut(anggaran 2 kg ubi-blend pun boleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak- utk campur dlm adunan
  • 2 sudu besar minyak- utk sapu pada loyang
  • sedikit butter- utk tabur atas kuih sblm di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-Cara
1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cwn ubi)
2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau…dan tuang santan sedikit2…sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam…bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
9. Bila dah sejuk….baru cantik dipotong….

Next kuih, apam pinky2.. Kuih ni mak buat hari terakhir saya di rumah mak semalam (160213). Siap buat balik untuk ma & ba' di rumah. Anak-anak saudara pun melantak sekali makan apam ni. Mak cakap makan dengan nyiur yang digaul dengan garam sikit baru sedap. Tapi kami makan begitu saja, sedap dah mak, tak perlu cicah apa-apa :) Aiyok~ nak cedok gambar siapa pula ni. Erm, kena tengok sapa yang kena..hehehe


                                    Apam Pink (sumber http://periukbelangazarin.blogspot.com).

  • 180 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


P/s : Mak saya buat lagi gebu dari ni. Ada 3 apam yang bentuk nya lain dari ni. Bentuknya jadi macam ni :



Apam tak naik. Yang ni ok kot, cuma saya nak gambarkan bentuknya sahaja. Saya baru tau apa secret resepi yang mak letak nak bagi naik gebu + merekah kat atas tu. Mak letak eno..huhu. Nak tergelak juga mula-mula tengok tu. Ok la. nak tengok anak pula. Sambung lain kali ye. Salaam.

Monday, May 23, 2011

air C.I.N.T.A

Sempena menyambut ulangtahun kelahiran ayahanda kami yg ke 73 dan alang2 tu, raikan bonda kami sekali(xbaik sambut hari ibu...btul x??), kami berpakat la adik beradik...

my bro wat mee bandung

my hubby ambil part wat air... air CINTA katanya....waduh2~ ;)
air daun bdak2 ni panggil... 2 jug besar.. tambah lagi 2 jug...sedap sgt ke abg??? ni jeles ni ;p

jgung+sirap ros+daun pandan+garam (nak bg rasa lemak2 manis)

Tuesday, July 27, 2010

Sayur Kailan Ikan masin

Tiap kali p restoran NARA mesti abg saya order kailan ikan masin. Memang sedap. Lain dari yang lain. Ade rasa masin2 gitu. Ayam golek dia sah2 la sedap kan. Dalam ribu2 ayam gak yang selamat digolek2 dan dijual kepada org ramai dalam masa sehari. Sangat best! nak2 dicicah dengan pencicah ye. Boleh la try p sana sape2 yang nak rasa Ayam Golek NAra.. kat Pantai Dalam..

Aik!~ cerita psal ayam plak dah. Ekceli nak share resepi sayur kailan ikan masin. Erm, simple je kut.. cuba lah cik zulfa! =)



***nak tukar ngn gambo sndiri 1 hari nnti..eheh~

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. Kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. Masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. Masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika
  5. Angkat dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td
teettt3

Saturday, July 24, 2010

Onde-onde

WAHHHH!! mane aci gitu..nok wat etek...tadi borak ngan best fren..dia nak wat onde-onde..mudoh je ye cakap..erm, xleh jadi ni...nok try wat gok..i/A..
makan roti gardenia 60 sen tadi...ni la hakikat duduk kolej, nak2 hujung minggu, mane la rajin nak turun beli bekpes~ hehe...nway, sudah mengenyangkan perut ini + pekena milo panas..~

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]




Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

from here