Sunday, February 17, 2013

Resepi Air Tangan Mak

Punyala lama tak post dalam dapur main-main masak ni. Sibuk dengan tanggungjawab as wife, mom, daughter (hamba Allah ofkos =)) Meh saya update deh. 2012 memang x post apa2..hehe.. Baru-baru ni cuti raya cina, kami pulang ke kampung Mak, tempat kelahiran suami tersayang. Seminggu juga kat sana dan macam-macam kuih best yang mak sediakan. Kebetulan adik ipar saya yang bekerja di KL pun ada pulang. Sekolah kat sana cuti seminggu memandangkan sekolah yang adik ipar bekerja tu, sekolah cina. Kuih yang mak buat simple saja tapi sangat sedap. Itu lah air tangan ibu, lain bebena rasanya. Asyik nak buka saji, nak ngunyah kuih muih mak buat.

Antara kuih yang mak buat adalah bika ubi. Sedap sangat. Nak-nak makan time panas-panas. Baru angkat dari pemanggang ajaib. Fuyyoo~ mak guna pemanggang ajaib wat masak bika ubi. Canggih betul. Memang ajaib la. Kerak-kerak dia pun best tak tepi-tepi tu. Ni gambar yang saya google, tapi iras macam ni la. Lupa pula nak snap pic hari tu.. Saya sertakan resepi untuk percubaan masak-masak untuk diri sendiri.

                                 Bingka ubi (sumber http://www.potretkasih.com/tag/cara-buat-bingka-ubi)


Bahan-Bahan
  • 4 cwn ubi parut(anggaran 2 kg ubi-blend pun boleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak- utk campur dlm adunan
  • 2 sudu besar minyak- utk sapu pada loyang
  • sedikit butter- utk tabur atas kuih sblm di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-Cara
1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cwn ubi)
2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau…dan tuang santan sedikit2…sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam…bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
9. Bila dah sejuk….baru cantik dipotong….

Next kuih, apam pinky2.. Kuih ni mak buat hari terakhir saya di rumah mak semalam (160213). Siap buat balik untuk ma & ba' di rumah. Anak-anak saudara pun melantak sekali makan apam ni. Mak cakap makan dengan nyiur yang digaul dengan garam sikit baru sedap. Tapi kami makan begitu saja, sedap dah mak, tak perlu cicah apa-apa :) Aiyok~ nak cedok gambar siapa pula ni. Erm, kena tengok sapa yang kena..hehehe


                                    Apam Pink (sumber http://periukbelangazarin.blogspot.com).

  • 180 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


P/s : Mak saya buat lagi gebu dari ni. Ada 3 apam yang bentuk nya lain dari ni. Bentuknya jadi macam ni :



Apam tak naik. Yang ni ok kot, cuma saya nak gambarkan bentuknya sahaja. Saya baru tau apa secret resepi yang mak letak nak bagi naik gebu + merekah kat atas tu. Mak letak eno..huhu. Nak tergelak juga mula-mula tengok tu. Ok la. nak tengok anak pula. Sambung lain kali ye. Salaam.